Plot Beelzebub_(manga)

Cerita ini mengisahkan tentang pelajar yang bermasalah juvana serta kuat, Oga Tatsumi yang merupakan pelajar tahun satu di Ishiyama High, sebuah sekolah juvana. Kisah ini bermula apabila dia menceritakan tentang bayi tersebut kepada kawan baiknya, Furuichi Takayuki. Satu hari, Tatsumi terjumpa seorang lelaki yang terapung di sungai, dia menarik lelaki tersebut ke darat dan lelaki tersebut terbelah dua bersama seorang bayi lelaki di dalamnya. Bayi tersebut ialah anak kepada raja syaitan dan Tatsumi telah dipilih untuk menjaga bayi tersebut bersama penjaga bayi tersebut, Hilda. Cerita berikutnya mengisahkan hidupnya bersama bayi di sekolah juvana. Pada awal cerita, Oga cuba untuk memberi Beel kepada pelajar sekolah Ishiyama. Teorinya, jika dia boleh jumpa orang yang lebih kuat dan jahat dari dia, Beel akan tertarik kepada orang tersebut selain dari Oga. Akhirnya, dia menemui Touhoushinki (Empat orang yang terkuat di Ishiyama). Pertama, dia menemui Hajime Kanzaki, orang pertama diantara empat orang Touhoushinki yang hampir berjaya menguasai sekolah. Selepas mengalahkan Kanzaki, Oga, pada asalnya kagum dengan sikap Kanzaki, yang didapati lebih menarik dari Oga.