Mengelak Beguk

Kaedah mengelak paling biasa terhadap beguk adalah imunisasi dengan vaksin beguk. Vaksin boleh diberikan berasingan atau sebagai sebahagian dari vaksin MMR yang turut melindungi dari penyakit measles dan rubela. Di Amerika Syarikat, MMR kini telah digantikan dengan vaksin MMRV, yang turut memberi perlindungan tambahan terhadap penyakit cacar. The WHO (World Health Organization) mencadangkan penggunaan vaksin beguk di semua negara dengan program vaksin kanak-kanak yang berfungsi dengan baik. Di United Kingdom ia biasanya diberikan kepada kanak-kanak pada usia 15 bulan. Akademi Amerika Kanak-kanak ("American Academy of Pediatrics") mencadangkan pemberian routin vaksin MMR pada usia 12–15 bulan dan pada 4–6 tahun.[18] Di sesetengah lokasi, vaksin diberikan sekali lagi pada usia 4 hingga 6 tahun, atau antara 11 dan 12 tahun jika tidak diberikan sebelumnya. Keberkesanan vaksin bergantung kepada jenis strain vaksin, tetapi biasanya sekitar 80%.[19],[20] Strain Jeryl Lynn adalah paling biasa digunakan di negara maju tetapi terbukti kurang berkesan dalam keadaan wabak. Strain Leningrad-Zagreb biasanya digunakan di negara membangun kelihatannya lebih berkesan dalam keadaan wabak.[21]

Akibat berlaku jangkitan dalam persekitaran kolej dan universiti, banyak kerajaan menubuhkan program vaksin bagi menghalang jangkitan besar-besaran. Di Kanada, kerajaan wilayah dan Agensi Kesihatan Awam Kanada telah menyertai kempen kesedaran bagi menggalakkan pelajar dari grade 1 hingga kolej dan universiti untuk mendapatkan vaksin.[22]

Sesetengah anti vaksin membantah pemberian vaksin bagi beguk, mendakwa bahawa strain vaksin dilemahkan adalah merbahaya, dan/atau penyakit liar membawa kebaikan. Tidak terdapat bukti bahawa penyakit liar adalah baik, atau vaksin MMR adalah merbahaya. Dakwaan telah dibuat bahawa vaksin MMR dikaitkan dengan autism dan penyakit radang usus ("inflammotory bowel disease"), termasuk satu kajian oleh Andrew Wakefield yang menunjukkan kaitan antara penyakit perut, autism dan vaksin MMR. Bagaimanapun, semua kajian lanjut pada masa itu menunjukkan tiada kaitan antara vaksin MMR dan autism atau penyakit usus. Lebih lanjut lagi, hanya ada sedikit bukti yang mencadangkan autism berkait dengan penyakit usus besar, sungguhpun beberapa kajian ada menunjukkan kaitan lemah antara kedua penyakit. Oleh kerana bahaya penyakit diketahui dengan baik, sementara bahaya vaksin adalah minima, kebanyakan doktor mencadangkan pengambilan vaksin.

Tidak bersetuju, WHO, Akademi Amerika bagi Kanak-kanak ("American Academy of Pediatrics"), Advisory Committee on Immunization Practices of the Centers for Disease Control and Prevention, American Academy of Family Physicians, Persatuan Perubatan British ("British Medical Association") dan Royal Pharmaceutical Society of Great Britain pada masa kini mencadangkan pemberian vaksin secara routin kepada kanak-kanak terhadap beguk. Persatuan Perubatan British dan Royal Pharmaceutical Society of Great Britain sebelumnya mensyorkan menolak pemberian vaksin beguk awam, mengubah syor tersebut pada tahun 1987. Pada 1988 ia merupakan polisi kerajaan United Kingdom bagi memperkenalkan program vaksin baguk kanak-kanak secara besar-besaran menggunakan vaksin MMR, dan kini vaksin MMR diberikan secara berterusan di UK.[petikan diperlukan]

Sebelum pengenalan vaksin beguk, virus beguk merupakan punca utama meningoencephalitis virus di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, encephalitis jarang berlaku (kurang dari 2 setiap 100,000).[23] Dalam satu kajian terbesar yang diterbitkan, kebanyakan simptom meningoencephalitis beguk didapati sebagai demam (97%), muntah-muntah (94%) dan sakit kepala (88.8%).[24] Vaksin beguk diperkenalkan di Amerika Syarikat pada Disember 1967: sejak pengenalannya terdapat pengurangan berterusan dalam kejadian beguk dan jangkitan virus beguk. Terdapat 151,209 kes beguk dilaporkan pada tahun 1968. Sejak 2001, purata kes hanyalah 265 setiap tahun, tanpa mengambil kira >6000 kes wabak pada tahun 2006 disandarkan kebanyakkannya kepada jangkitan universiti dikalangan pemuda-pemudi.[25][26]

Rujukan

WikiPedia: Beguk http://www.mja.com.au/public/issues/189_08_201008/... http://www.phac-aspc.gc.ca/mumps-oreillons/prof-en... http://www.gnb.ca/cnb/news/he/2007e0881he.htm http://www.health.gov.on.ca/cs/mumps/english/faq/ http://www.ontario.ca/mumps http://www.gov.pe.ca/news/getrelease.php3?number=5... http://news.students.sfu.ca/2008/09/15/mumps-outbr... http://www.twu.ca/life/wellness/bulletin-boards/mu... http://www.hss.gov.yk.ca/news/2006/id_51/ http://bmj.com/cgi/pmidlookup?view=long&pmid=10435...