Beijing_Menari
Beijing_Menari

Beijing_Menari

Dancing Beijing (Cina: 舞动的北京) merupakan nama bagi logo rasmi Sukan Olimpik 2008, yang diadakan di Beijing, Republik Rakyat China. Ia dirasmikan pada Ogos 2003 di satu majlis yang dihadiri seramai 2,008 orang di Qi Nian Dian—the Hall of Prayer for Good Harvests di Beijing's Tian Tan (Kuil Syurga).Logo ini menggabungkan pelbagai elemen daripada budaya China, digambarkan dalam sebuah cap mohor merah di atas perkataan "Beijing 2008" dan gegelang Olimpik. Cap mohor tersebut dibentuk oleh sebuah kaligrafi yang menggunakan karakter 京 (jing, ibu negara nasional) dalam bentuk menari. Lengkungan-lengkungan yang ada dibentuk seperti lengkukan tubuh naga. Lengan yang terbuka dalam bentuk kaligrafi tersebut melambangkan jemputan China kepada seluruh dunia untuk mempamerkan kebudayaannya. Merah, warna utama dalam logo, adalah warna yang penting dalam kehidupan masyarakat Republik Rakyat China, yang sering diklasifikasikan sebagai tuah atau nasib baik.