Beijing
Beijing

Beijing

Beijing (bahasa Cina: 北京; pinyin: Běijīng; Wade-Giles: Peiching atau Pei-ching; IPA: [peɪ˨˩ tɕɪŋ˥˥]; maksudnya "ibu kota utara";  sebutan (bantuan·maklumat)), dahulunya dipanggil Peking, ialah metropolis di China utara serta juga ibu negara Republik Rakyat China. Diperintah sebagai sebuah wilayah perbandaran di bawah pentadbiran langsung pemerintahan pusat, Beijing bersempadan dengan Wilayah Hebei di utara, barat, selatan, dan sebahagian kecil di timur, serta juga Wilayah Perbandaran Tianjin di tenggara. Ia merupakan salah satu daripada Empat Ibu Kota Kuno Agung China.[1]Beijing ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai,[2] dengan melebihi 17 juta penduduk di dalam kawasan bidang kuasa Beijing. Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subbandar serta 2 buah kaunti luar bandar,[3] dengan kawasan bandarnya menampung sekitar 13 orang penghuni .[3] Beijing merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China,[2] manakala Shanghai dan Hong Kong menguasai bidang ekonomi.[4] Beijing terkenal kerana istananya yang mewah, serta juga kuil, tembok batu, dan gapuranya.[5] Tiadanya banyak bangunan utama, apa jua usianya, di Beijing yang tidak memiliki sekurang-kurangnya setakat kepentingan sejarah negara.[6] Barang-barang seni dan universiti-universitinya telah lama menjadikannya sebagai sebuah pusat budaya dan seni di China.[5] Pada 2008, Beijing mengacarakan Sukan Olimpik.Tidak terdapat banyak bandar raya di dunia, selain daripada Beijing, yang telah bertindak sebagai pusat politik dan budaya kepada sebuah kawasan sebesar China buat begitu lama.[6] Encyclopædia Britannica memerikannya sebagai "salah satu bandar raya yang terunggul di dunia",[7] dan mengisytiharkannya sebagai satu bandar raya yang merupakan sebahagian sejarah China yang penting buat berabad-abad.


Beijing

ISO 3166-2 cn-11
• Kedudukan Kepadatan Munisipaliti 4
Nombor kenderaan 京A, C, E, F, H, J, K
京B (teksi)
京G (luar kawasan bandar)
京O (polis dan pihak berkuasa)
京V (ibu pejabat tentera
& kerajaan pusat)
• Kepadatan 888/km2 (2,300/batu persegi)
• Kaum-kaum Han - 96%
Manchu - 2%
Hui - 2%
Mongol - 0.3%
Zon waktu UTC+8 (Waktu Piawai China)
• Urban kira-kira 7.5 juta
- per kapita CNY 28,700
Kod kawasan +86/10
• Datuk Bandar Wang Qishan
• Bandaraya 14,930,000 (ke-26)
Laman web www.beijing.gov.cn
www.ebeijing.gov.cn
Mula diduduki ~ 473 SM
Jumlah Bahagian Peringkat Negara 18
Negara Republik Rakyat China
Poskod
100000 - 102600
HDI (2005) 0.882 — tinggi
Ketinggian 43.5 m (142.7 ft)
KDNK (2004) CNY 428.3 bilion
Jumlah Bahagian Pekan 273
• CPC Beijing Setiausaha Jawatankuasa Liu Qi

Rujukan

WikiPedia: Beijing http://www.tirana.gov.al/common/images/Internation... http://www.bjreview.com.cn/quotes/txt/2008-03/04/c... http://www.china.com.cn/economic/txt/2008-03/20/co... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-03/01/conte... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-04/16/conte... http://english.people.com.cn/data/province/beijing... http://english.peopledaily.com.cn/90001/90776/9078... http://english.cri.cn/1702/2005-2-18/119@169894.ht... http://www.beijing.gov.cn http://zhengwu.beijing.gov.cn/xwfbh/bmqxfbh/t98943...