Demografi Beijing

Kelompok etnik di Beijing, banci 2000
KerakyatanJumlah pendudukPeratusan
Han12,983,69695.69%
Manchu250,2861.84%
Hui235,8371.74%
Mongol37,4640.28%
Korea20,3690.15%
Tujia83720.062%
Zhuang73220.054%
Miao52910.039%
Uyghur31290.023%
Tibet29200.022%

Jumlah penduduk Wilayah Perbandaran Beijing, sebagaimana ditakrifkan mengikut jumlah penduduk yang menghuni di Beijing sekurang-kurangnya 6 bulan setiap tahun, ialah 17.4 juta pada akhir 2007. Antaranya, 12.04 juta orang memiliki hukou (kediaman tetap) Beijing, dengan yang lain memiliki permit kediaman sementara.[22] Pada 2006, sebuah kajian oleh Biro Statistik Beijing menganggarkan jumlah semua orang yang tinggal di Beijing (baik yang tetap mahupun yang sementara atau tak berdaftar, dan sebagainya) sebagai "hampir 20 juta orang".[23] Statistik terkini yang disebut oleh akhbar China Daily menganggarkan bilangan pekerja hijrahan dalam industri perkhidmatan dan pembinaan di Beijing sebagai "melebihi 5.1 juta".[24] Selain itu, terdapat juga sebilangan besar pekerja hijrahan (min gong) yang tinggal di Beijing secara haram, tanpa sebarang permit kediaman rasmi (atau penghuni tak berdaftar).[25]

Beijing ialah wilayah perbandaran yang ketiga terbesar antara empatnya di China, selepas Chongqing dan Shanghai. Wilayah perbandaran adalah setaraf dengan provinsi dalam struktur pentadbiran China. Kebanyakan penduduknya tergolong dalam kelompok majoriti Cina Han, dengan kelompok etnik minoritinya termasuk orang Manchu, Hui, dan Mongol.[8]

Sebuah komuniti antarabangsa yang agak besar wujud di Beijing, dengan banyaknya tertarik kepada perniagaan asing dan sektor perdagangan yang berkembang pesat, manakala yang lain tertarik kepada budaya Cina tradisional dan moden di bandar raya. Sebahagian besar komuniti antarabangsa ini tinggal di kawasan di sekitar Daerah Pusat Perniagaan Beijing, Sanlitun, dan Wudaokou. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat juga banyak orang Korea Selatan yang tinggal di Beijing, terutamanya untuk tujuan berniaga dan belajar. Banyak daripada mereka tinggal di kawasan Wangjing dan Wudaokou.[26][27] Adanya juga sebuah sekolah tinggi bahasa Tibet untuk pemuda-pemudi berketurunan Tibet yang hampir kesemuanya datang ke Beijing dari Tibet semata-mata untuk belajar.[28]

(NOTA: Semua angka tidak termasuk anggota Tentera Pembebasan Rakyat yang masih berkhidmat.) [29]

Rujukan

WikiPedia: Beijing http://www.tirana.gov.al/common/images/Internation... http://www.bjreview.com.cn/quotes/txt/2008-03/04/c... http://www.china.com.cn/economic/txt/2008-03/20/co... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-03/01/conte... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-04/16/conte... http://english.people.com.cn/data/province/beijing... http://english.peopledaily.com.cn/90001/90776/9078... http://english.cri.cn/1702/2005-2-18/119@169894.ht... http://www.beijing.gov.cn http://zhengwu.beijing.gov.cn/xwfbh/bmqxfbh/t98943...