Bekaba
Bekaba

Bekaba

Bekaba merupakan sebuah album studio ke-9 nyanyian Noraniza Idris yang diterbitkan pada 23 Ogos 1999. Menerusi album ini, Noraniza memperkenalkan muzik-muzik daerah dan etnik yang mana trend ini diteruskan olehnya untuk album-album seterusnya. Menerusi album ini, Noraniza bekerjasama bersama Pak Ngah, Rosli Selasih, Manan Ngah dan ramai lagi komposer-komposer yang terlibat menjayakan album ini. Bekaba mempertaruhkan single Tinting sebagai single pertama untuk album ini. Lagu hasil ciptaan Pak Ngah. Lagu yang berkonsepkan hadrah itu berjaya menambat hati pendengar muzik tanah air. Sekaligus Noraniza berjaya mengumpul peminatnya lebih ramai. Lagu Tinting membawa tuah apabila layak bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2000.

Bekaba

Dikeluarkan pada 23 Ogos 1999[1]
Masa 57:44
Penerbit Pak Ngah, To' Ki, Rosli Selasih
Genre Irama Malaysia, Etnik Kreatif
Syarikat Suria Records