Belanjawan_Malaysia_2018
Belanjawan_Malaysia_2018

Belanjawan_Malaysia_2018

Belanjawan Malaysia 2018, bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, telah dibentangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, berbaju Melayu biru, kepada Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 27 Oktober 2017.[3]Belanjawan ini ialah belanjawan terakhir Datuk Seri Najib sebelum Dewan Rakyat secara automatik terbubar pada Julai tahun depan berdasarkan tarikh ahli parlimen semasa mengangkat sumpah jawatan lima tahun lalu.[4]Untuk Bajet 2018 ini, kerajaan meminta maklum balas dan cadangan rakyat mengenai belanjawan ini. Kerajaan menerima sebanyak 13,837 idea dan cadangan kempen #Bajet2018 yang telah berlangsung selama 15 hari bermula 4 sehingga 18 September lalu.[5]