Belenggu

Belenggu adalah novel sebelum Perang Dunia II yang dihasilkan oleh __. Belenggu menampilkan cinta tigasegi antara Tini, Doktor Tono dan perempuan simpanannya, Rokiah.Sebahagian daripada novelis sebelum merdeka di Malaysia, Indonesia dan Brunei memprotes amalan masyarakat Melayu yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita. Mereka memperlihatkan wanita watan tradisional hidup di bawah kekuasaan lelaki. Sebenarnya, “female-centeredness” bukanlah fenomena baru dalam novel di Malaysia,Indonesia dan Brunei.Menurut Rosnah Baharuddin (1989), sejak tahun- tahun 1920-an dan 1930-an telah berlaku perubahan di kalangan wanitabaik dalam kehidupan seharian di rumah ataupun dalam masyarakat.Perubahan itu berkait erat dengan peluang yang mereka peroleh dalam arena persekolahan. Beliau menjelaskan bahawa pada period tersebut mendukung tema-tema dan watak-watak berasaskan konsep emansipasi wanita.Namun “female-centeredness” dalam novel-novel di Malaysia, Indonesia dan Brunei tidaklah sama dengan kedudukan wanita dalam karya tradisional yang bersifat elit diraja atau keistanaan seperti Cik Wan Kembang dan Puteri Saadong. Dari sisi yang lain, ia juga tidak sama dengan perkembangan di Barat. Di Barat, sejak tahun-tahun 1920-an sudah ada karya protes yang keras seperti'A Room of One's Own' oleh Virginia Woolf (1926).Novel Belenggu menampilkan wanita moden Indonesia untuk memperoleh hak yang sepatutnya mereka peroleh selain turutmemaparkan watak-watak wanita yang bertanggungjawab terhadap masyarakatnya. Melalui Belenggu misalnya, watak Tini ditampilkan sebagai seorang wanita yang cukup gigih dalam kegiatan sosial setelah rasa bosan terkongkong dalam alam rumah tangga.[1]