Sinopsis Bella

Bella, remaja wanita, anak seorang usahawan yang berjaya dan berbakat dalam seni lukis. Tidak seperti ayahnya, Bella lebihkan karier lukisannya berbanding bekerja di pejabat. Tetapi didapati bahawa dia suka bekerja dipejabat. Bella mempunyai seorang kekasih iaitu Zahar dan mereka kemudiannya berkahwin. Namun tanpa disangka, Zahar sebenarnya mengahwini Bella hanya kerana ingin merampas harta keluarga Bella. Zahar turut bersubahat dengan Shah, sepupu Bella. Ketika Bella sedang hamil anak pertama, Zahar dan Shah membuat perancangan untuk membunuh Bella. Namun Bella terselamat dan dia dirawat oleh Dr. Rayyan. Akibat pengalaman yang dialami daripada kejadian itu membuatkan Bella menjadi trauma dan seorang yang pemarah. Dr. Rayyan dan Dr. Mia berusaha membantu untuk memulihkan kembali semangat Bella. Setelah melahirkan anaknya, emosi Bella kembali stabil. Bella berhasrat untuk membalas dendam dan ingin mengambil semula harta keluarganya yang telah dirampas oleh Zahar dan Shah. Bella kemudian mengubah penampilan dan identiti sebagai Tengku Julia Sandra dalam usahanya untuk membalas dendam. Berbekalkan identiti barunya tersebut, Bella (Tengku Julia Sandra) mula mendekati keluarga Shah dan menggoda Zahar agar jatuh kedalam perangkapnya. Dr. Rayyan pula mendapati bahawa dia telahpun jatuh cinta dengan Bella namun Bella menolak cinta Dr. Rayyan itu setelah dia mendapati dirinya menghidapi penyakit barah. Setelah berjaya mendapatkan semula harta keluarganya, Bella akhirnya mendedahkan identiti sebenarnya kepada keluarga Shah dan Zahar. Shah dan keluarganya meringkuk kedalam penjara manakala, Zahar pula mati dibunuh oleh Shah. Akhirnya Bella meninggal dunia. Setelah kematian Bella, Dr. Rayyan menerima sepucuk surat yang ditulis oleh Bella sewaktu hayatnya. Melalui surat tersebut, Dr. Rayyan mengetahui tentang penyakit Bella dan niatnya yang ingin menjodohkan Dr. Rayyan dengan Dr. Mia.