Omnitrix Ben_10

Omnitrix.

Tumpuan utama siri ini ialah Omnitrix, sebuah perkakasan asing berupa jam tangan yang ditemui Ben pada awal siri. Dengan menggunakan alat ini, Ben boleh bertukar menjadi beberapa bentuk makhluk asing untuk melawan pelbagai penjahat dalam siri ini. Omnitrix berfungsi dengan menggabungkan DNA makhluk asing dengan DNA Ben, lalu menukarkannya menjadi makhluk pilihannya selama sepuluh minit, selepas itu pulih kepada rupa asal. Seperti yang diterangkan dalam Ben 10: Race Against Time, had masa ini bertujuan untuk menghalang DNA makhluk asing dari menguasai penggunanya.

Untuk mengelakkan sesiapa mencuri Omnitrix dari Ben, Omnitrix itu disifatkan agak sukar ditanggal, seolah-olah berpadu dengan kulit Ben. Lebih-lebih lagi, jikalau seseorang cuba menanggalkannya, alat itu menghasilkan ledakan tenaga untuk menghindarkannya.