Ben_White
Ben_White

Ben_White

Benjamin William White (lahir 8 Oktober 1997) ialah pemain bola sepak profesional England yang beraksi sebagai pertahanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan pasukan kebangsaan England. Walaupun posisi beliau lebih kepada bek tengah, beliau juga boleh bermain sebagai bek kanan.[4]White telah memulakan kariernya pada usia 18 tahun bersama kelab Brighton & Hove Albion. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke kelab-kelab seperti Newport County, Peterborough United dan Leeds United antara tahun 2016 dan 2019. Beliau seterusnya beraksi di empat liga di England dan menjuarai Liga Kejuaraan bersama Leeds. Selepas satu musim bersama Brighton semula, beliau menjadi pemain pertahanan termahal kelab apabila beliau dijualkan ke Arsenal pada tahun 2021 dengan nilai perpindahan sebanyak £50 juta.White melakukan debut untuk skuad senior England pada tahun 2021 sewaktu beliau berusia 23 tahun. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad England yang layak ke kejohanan UEFA Euro 2020 dan Piala Dunia FIFA 2022.

Rujukan

WikiPedia: Ben_White https://www.premierleague.com/news/1697050 https://www.espn.co.uk/football/player/_/id/241077... https://www.premierleague.com/players/14548/Ben-Wh... https://www.independent.co.uk/sport/football/ben-w... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... https://www.leedsunited.com/news/team-news/26806/l... https://www.bbc.co.uk/sport/football/66352143 https://www.brightonandhovealbion.com/news/2167119... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Ben_Wh... https://www.arsenal.com/men/players/ben-white