Bendahara_Melaka

Bendahara Melaka merupakan satu jawatan pemeritahan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang sama taraf dengan Perdana Menteri kini. Bendahara merupakan ketua semua pembesar Melaka dan ketua kerajaan yang membuatkan jawatan ini kedua terpenting selepas raja Melaka. Bendahara diberikan kuasa untuk menjaga keselamatan Melaka secara keseluruhannya.Selain itu, bendahara turut menjalankan undang-undang Melaka yang terdiri daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hal ini membuatkan bendahara turut berperanan sebagai hakim dan mempunyai mahkamah sendiri yang dinamakan Balai Bendahara. Kuasa kehakiman bendara meliputi semua kes jenayah kecuali hukuman bunuh yang hanya boleh dilaksanaan oleh raja.Bendahara turut mempunyai pengaruh yang besar hinggakan perlantikan raja yang baru turut dijalankan oleh bendahara. Sebagai penasihat raja, bendahara bertanggungjawab untuk menjaga hubungan antara Melaka dan negara asing. Bendahara juga harus memastikan kesetiaan rakyat kepada raja Melaka adalah tidak berbelah bahagi dan mengelakkan dari sebarang penderhakaan dan pemberontakan.