Perdana Menteri (
Bahasa Inggeris: Prime minister) ialah
menteri yang paling kanan dalam
kabinet, sebahagian cabang
eksekutif dalam
sistem berparlimen. Walaupun perdana menteri biasanya merupakan
ahli politik, ini tidak semestinya. Dalam banyak sistem, Perdana Menteri memilih serta boleh memecat ahli-ahli kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam Kerajaan. Dalam kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan
pengerusi kabinet, tetapi dalam sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam
sistem kerajaan separa presiden, perdana menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan
perkhidmatan awam dan melaksanakan arahan-arahan
PresidenDalam sistem-sistem
parlimen seperti
sistem Westminster United Kingdom, perdana menteri ialah
ketua kerajaan, manakala
ketua negara (
Raja,
Ratu,
Presiden, atau
Gabenor Jeneral [
de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Perdana Menteri biasanya, tetapi bukan selalu, merupakan
ahli parlimen dan dikehendaki memastikan pelulusan
rang undang-undang oleh
badan perundangan. Dalam sebilangan
pemerintahan beraja, perdana menteri juga mempunyai kuasa eksekutif (dikenali sebagai
Prerogatif Diraja) yang terletak pada takhta kerajaan oleh
perlembagaan dan boleh dipergunakan oleh perdana menteri tanpa kebenaran parlimen.Selain daripada merupakan Ketua Kerajaan, perdana menteri mungkin mempunyai peranan atau gelaran yang lain — umpamanya, Perdana Menteri United Kingdom juga merupakan
Lord Perbendaharaan Pertama.
[1] Para perdana menteri juga boleh memegang jawatan menteri yang lain — umpamanya, semasa
Perang Dunia Kedua,
Winston Churchill juga merupakan
Menteri Pertahanan (walaupun tidak adanya
Kementerian Pertahanan ketika itu). Banyak
Perdana Menteri Malaysia juga memegang jawatan menteri yang lain, khususnya kementerian-kementerian yang penting seperti
Kementerian Dalam Negeri dan
Kementerian Kewangan.