Kerjaya Benzooloo

Bennye Francis [2] atau Benzooloo telah lama berkecimpung dalam dunia hiburan terutamanya dalam genre hip hop dan juga sebahagian dari komuniti rap yang dikenali sebagai Lawalah Familia. Beliau yang berasal dari Sabah telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan lagi karya beliau dan memasuki muzik arus perdana.[3]

Benzooloo juga merupakan salah seorang anak didik kepada rapper yang juga bekas ahli Too Phat, Malique dan pernah bekerjasama dalam menghasilkan lagu single Terkemuka & Nyalakan. [4] Selain itu, populariti beliau juga memuncak apabila menjadi salah seorang rapper jemputan dalam rancangan 16 Baris iaitu siri Youtube yang dihasilkan oleh penyanyi rapper yang juga bekas ahli Too Phat, Joe Flizzow. [5] [6]

Pada tahun 2020, Benzooloo telah bekerjasama dengan lima rapper lain iaitu Siqma, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta, dan Yonnyboii dalam menghasilkan single "Playaz" iaitu nama jenama fesyen yang akan meraikan ulang tahun mereka yang ke- 19. [7] [8]

Pada 21 Mei 2021, Benzooloo telah mengeluarkan single terbaru iaitu "Emosi" yang menampilkan penyanyi Khodi.[9] [10]

Seterusnya, Benzooloo juga telah mengeluarkan single bersama penyanyi Jonathan Tse melalui single Bebas pada tahun 2021. Mereka juga pernah bekerjasama dalam menghasilkan single berjudul Aku Rela yang dikeluarkan pada 12 Ogos 2016 dan mendapat sambutan hangat dari para peminat tanah air. [11]

Benzooloo bersama 7 orang rapper lain iaitu KMY KMO, ICAL MOSH, JUKI, YONNYBOII, SIQMA, LUCA SICKTA, B-HEART & DJ T-BONE telah bekerjasama menghasilkan single berjudul "Dua Puluh" pada 3 Disember 2021.[12]

Rujukan

WikiPedia: Benzooloo https://www.facebook.com/271156719747258/photos/se... https://gempak.com/berita-terkini/siqma-benzooloo-... https://www.gempak.com/berita-terkini/khodi-semaki... https://www.instagram.com/benzooloo/?hl=en https://www.instagram.com/p/Be94cntgDbw/?hl=en https://www.straatosphere.com/16-baris-south-east-... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/06/713655/magis... https://www.hmetro.com.my/utama/2018/08/366277/mis... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/04...