Berjaya_Times_Square
Berjaya_Times_Square

Berjaya_Times_Square

Koordinat: 3°08′32″N 101°42′38″E / 3.142182°N 101.710605°E / 3.142182; 101.710605Berjaya Times Square KL ialah bangunan yang mengandungi pusat beli-belah yang besar dan dua buah hotel bertaraf lima bintang, yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. BTS dibuka pada Oktober 2003.[1]BTS digelar ‘bangunan yang dibina dalam satu fasa yang terbesar di dunia’, merangkumi keluasan lantai keseluruhan 700,000 m². BTS bakal menjadi mercu tanda utama yang giat dengan membeli-belah, penginapan mewah, perniagaan, makanan dan hiburan.[2][3]Sekarang, BTS mengandungi lebih 1000 kedai runcit khusus, 1200 bilik servis mewah, serta 65 kedai makan untuk memenuhi citarasa semua, seperti taman tema dalaman terbesar di Asia, Cosmo's World dan teater IMAX 2D dan 3D pertama di Malaysia yang terletak di tingkat 10. Pada April 2005, Kumpulan Borders membuka kedai buku francais pertamanya iaitu kedai Borders terbesar di dunia, di sini. Kedai masyhur yang lain termasuk Metrojaya, Cold Storage dan lain-lain.Stesen Monorail Imbi dihubungkan dengan bangunan BTS melalui jejantas.[4][5]

Rujukan

WikiPedia: Berjaya_Times_Square http://www.asiarooms.com/en/travel-guide/malaysia/... http://www.asiatravel.com/hongkong/ex-hk/kl-berjay... http://www.dubaiburj.com/berjaya-times-square-worl... http://www.stay-in-kl.com/berjaya-times-square-kua... http://www.timessquarekl.com/ http://www.vinci-construction-projects.com/projets... http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/20... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B... https://web.archive.org/web/20060425230941/http://... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Berjay...