Bernard_(animasi)

Bernard (Hangul:빼꼼, RR:Ppaekkom, MR:Ppaekkom, diromanisasikan sebagai Backkom di Asia-Pasifik, atau Bernard Bear dalam kegunaan sehari-hari) ialah sebuah animasi pendek dengan tempoh 3 minit ber-genre siri televisyen kanak-kanak. Animasi ini menceritakan tentang Bernard, seekor beruang kutub, yang sentiasa sial di setiap episodenya akibat ulahnya atau tokoh lain. Di Indonesia, animasi ini tayang di stesen televisyen MNCTV setiap hari pukul 18.00 WIB, tapi sekarang Bernard Bear ditayangkan di ANTV dan Spacetoon.Animasi ini dihasilkan oleh RG Animated Studios, syarikat asal Korea Selatan, bersama dengan EBS Productions (Korea Selatan), BRB Internacional S.A. (Sepanyol) & M6 Métropole Télévision (Perancis).[1] Ceritanya ditulis oleh studio kreatif Sepanyol Screen21. Pengarahnya ialah José Luis Ucha dan Claudio Biern Lliviria. Muzik digubah oleh Oscar Maceda Rodriguez.