Bernie_Sanders
Bernie_Sanders

Bernie_Sanders

Bernard "Bernie" Sanders (lahir September 8, 1941) ialah seorang ahli politik dan senator junior Amerika Syarikat dari Vermont. Seorang ahli Parti Demokrat sejak tahun 2015,[4] beliau adalah ahli politik bebas yang berkhidmat paling lama dalam sejarah Kongres Amerika Syarikat. Sanders merupakan ahli kedudukan minoriti dalam Jawatankuasa Belanjawan Senat sejak bulan Januari 2015.[5] Beliau adalah calon untuk Presiden Amerika Syarikat dalam Pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2016.Sanders dilahir dan dibesarkan di Brooklyn, Bandar Raya New York. Beliau menamatkan pengajian dari Universiti Chicago pada tahun 1964. Sebagai ahli politik Bebas, beliau dilantik sebagai datuk bandar Burlington, Vermont pada tahun 1981. Beliau telah dipilih semula sebanyak tiga kali. Pada tahun 1990, beliau dilantik untuk mewakili daerah Vermont di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. Beliau berkhidmat sebagai ahli kongres selama 16 tahun sebelum dipilih ke dalam Senat Amerika Syarikat pada tahun 2006. Pada tahun 2012, beliau telah dipilih semula dengan margin yang besar. Sanders telah lama mengkritik dasar luar Amerika Syarikat dan merupakan pengkritik awal dan lantang terhadap Perang Iraq.

Bernie_Sanders

Lahir Bernard Sanders
(1941-09-08) 8 September 1941 (umur 78)
Brooklyn, Bandar Raya New York
Didahului oleh Gordon Paquette
Kerakyatan Amerika Syarikat
Tandatangan
Alma mater Universiti Chicago
Pasangan Deborah Shiling (1964–1966)
Jane O'Meara Driscoll (1988–sekarang)
Digantikan oleh Peter Clavelle
Parti politik Demokrat (2015–sekarang)[1]
Anak-anak Levi (bersama Susan Mott)
3 anak tiri
Sekutu gabunganpolitik lain Bebas[2][3] (1979–2015)
Kesatuan Kebebasan (1971–1979)
Laman sesawang Laman web Senat
Laman web kempen Presiden

Rujukan

WikiPedia: Bernie_Sanders http://www.bloomberg.com/politics/articles/2015-05... http://www.burlingtonfreepress.com/story/news/loca... http://www.chicagomag.com/Chicago-Magazine/Felsent... http://www.cnn.com/2015/04/30/politics/bernie-sand... http://www.cnn.com/2015/05/27/us/bernie-sanders-fa... http://www.cnn.com/2015/05/27/us/bernie-sanders-fa... http://media.cq.com/members/509?rc=1 http://articles.latimes.com/1985-04-28/news/vw-215... http://mic.com/articles/117674/bernie-sanders-rais... http://mic.com/articles/122011/watch-young-senator...