Best-Of:_Design_of_a_Decade_2003–2013

Best-Of: Design of a Decade 2003–2013 ialah album hits terhebat oleh Anggun, dikeluarkan pada 10 Mei 2013 oleh Sony Music Indonesia. Ia terdiri daripada beberapa lagu Anggun yang terkenal sejak meninggalkan Columbia Records (sebahagian daeipada Sony Music Entertainment) pada 2003.[1] Kesinambungan album Best-Of pada 2006, album ini memuatkan hanya satu lagu, "Saviour", muncul dalam album kompilasi terdahulu. Album ini memuatkan empat lagu yang tidak pernah dikeluarkan Indonesia—"Echo (You and I)" (versi bahasa Inggeris penuh) dari single CD Perancis, "Lie to Me" dari edisi Eropah Echoes, dan juga kolaborasinya bersama pemuzik Jerman Schiller, "Blind" dan "Innocent Lies". Anggun juga merakamkan semula lagu single antarabangsanya pertama, "Snow on the Sahara", yang dikeluarkan sebagai single bagi mempromosikan album. Sebiah lagu tarian uptempo, versi baru menampilkan pemuzik Lubnan-Kanada K.Maro.

Best-Of:_Design_of_a_Decade_2003–2013

Dikeluarkan pada 10 Mei 2013 (2013-05-10)
Penerbit Anggun
Dirakam pada 2004-2013
Genre Pop, Pop rock, Dance-pop
Syarikat April Earth, Sony