Khasiat Betik

Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.[2]

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.[perlu rujukan] Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.

Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.

Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.

Pucuk daun betik digunakan secara tradisional oleh para dukun-dukun melayu dalam memberi rawatan sakit-sakit yang berkaitan darah yang selalunya berpunca dari nyamuk. Menurut Bomoh Mahaguru Ibrahim Md Zain secara lisan megatakan bahawa pengambilan pucuk daun betik hendaklah diambil 3 hari berturut-turut apabila muncul sahaja bintik-bintik merah

Khasiat pada pucuk daun betik didapati secara kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik bagi pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet.

Sehubungan dengan penemuan klinikal tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan panduan penyediaan jus betik untuk pesakit denggi [3]

Tetapi menurut seorang ahli farmasi pengamal perubatan alternatif Homeopathy dan Ayurvedic (India), Prof Dr. A. Krishnan mengatakan “Saya sudah membuat kajian mengenai penggunaan daun betik sebagai penawar demam denggi dan hasilnya tumbuhan itu tidak membantu, malah berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.

Oleh itu, penggunaan daun betik perlu dihentikan serta-merta kerana menjadikan pesakit demam denggi bertambah teruk, malah sistem imunisasi turut terganggu,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

Rujukan

WikiPedia: Betik http://www.indiacurry.com/faqhints/papayatenderize... http://www.nutritiondata.com/facts-B00001-01c20W1.... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.ansci.cornell.edu/plants/medicinal/papa... http://www.hort.purdue.edu/newcrop/duke_energy/Car... http://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/papaya_a... http://www.hmetro.com.my/node/110636 http://pertanian.kedah.gov.my/index.php?option=com... http://www.moh.gov.my/index.php/file_manager/dl_it... http://agrolink.moa.my/doa/bdc/fruits/betitek.html