Plot Biar_Betul

Kisah yang berlaku dalam masa sehari yang berlegar antara perompak dengan mangsanya. Tiga beradik iaitu Fuad, Burn, dan Rosma (lakonan Afdlin, Wahid dan Syanie) terjebak dalam dunia rompakan kerana kesempitan hidup sejak kecil lagi. Pada hari yang sama ketika mereka bertiga sedang merancang sebuah rompakan, mereka bertembung dengan seorang penyeluk saku iaitu Adi (Yassin) yang dikejar oleh Khai watak lakonan Saiful Apek. Dalam keadaan tidak sengaja Adi dan Khai bertembung dengan Fuad dan Burn yang sedang melarikan diri. Bimbang ditangkap, mereka bertiga melarikan diri bersama-sama Adi dan Khai ke hutan setelah menangkap mereka. Bermula dari pelarian itulah, pelbagai insiden menarik dan lucu berlaku.

Adi dan Khai mencuba pelbagai cara untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya kerana pihak polis mengesyaki mereka terlibat sama dalam rompakan yang dilakukan oleh Burn dan Fuad. Dalam masa yang sama Khai jatuh cinta kepada Rosma.

Rosma menangis dan menjerit apabila Inspektor Nija dan geng-gengnya menembak abang-abangnya sendiri sampai mati manakala Khai terselamat.