Sinopsis Biarkan_Ia_Pergi

Alissa Othman (Isyariana) mempunyai kehidupan yang diidamkan oleh ramai wanita. Alissa sangat bersyukur kerana dikurniakan dengan sebuah keluarga yang penyayang, teman lelaki yang sentiasa di sisi, dan kawan setia yang menjadi tempat bergantung. Namun, nasib kehidupan Alissa berubah selepas bertemu dengan Zaquan Zachary (Amar Baharin).

Dalam keadaan khayal yang tidak sedarkan diri, secara tidak sengaja, Zaquan telah menyakiti Alisa dan menyebabkan Alissa hilang arah dan segala yang dimilikinya. Alissa telah membawa diri selepas kejadian tersebut. Zaquan tekad untuk mencari Alissa demi menebus kesalahannya dan berjanji akan membetulkan semula keadaan walau apapun halangan yang mendatang.

Apakah hasil dari pertemuan semula mereka, adakah segala usaha Zaquan itu hanya sia-sia sahaja? Dapatkah Zaquan menebus kesilapannya terhadap Alissa?