Sejarah Biblioterapi

Biblioterapi merupakan sebuah konsep lama dalam sains perpustakaan. Menurut ahli sejarah Yunani, Diodorus Siculus, dalam buku beliau, Bibliotheca historica, terdapat sebuah frasa di atas pintu masuk ke ruang dimana buku-buku disimpan oleh Raja Mesir, Ramses II. Dikenali sebagai moto perpustakaan yang tertua di dunia, ψγxhσ Iatpeion, atau bermaksud: "rumah penyembuhan untuk jiwa".[3] Galen, ahli falsafah dan perubatan kepada Marcus Aurelius, memperkenalkan perpustakaan perubatan pada abad pertama, yang digunakan bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk kakitangan Sanctuary Asclepion, spa air terapeutik Roman yang terkenal dan dianggap sebagaio salah satu hospital pertama di dunia.[4] Malahan, pada tahun 1272, bacaan al-Quran juga dijadikan rawatan perubatan di Hospital Al-Mansur di Kaherah.[5]

Pada awal abad ke-19, Benjamin Rush gemar menggunakan kesusasteraan di hospital untuk "hiburan dan arahan kepada pesakit".[6] Pada pertengahan abad, Minson Galt II telah menulis mengenai penggunaan biblioterapi di institusi mental dan pada 1900, perpustakaan menjadi bahagian penting dalam institusi psikiatri di Eropah.

Setelah istilah "biblioterapi" dicipta oleh Samuel Crothers dalam sebuah artikel dalam Atlantic Monthly edisi Ogos 1916, ia akhirnya digunapakai dalam kamus perubatan.[7] Pada 1920-an, terdapat program latihan untuk biblioterapi. Salah satu tawaran latihan adalah dari Sekolah Sains Perpustakaan di Universiti Western Reserve, diikuti sebuah program di Sekolah Perubatan Universiti Minnesota.[6] Pustakawan hospital diletak di baris hadapan bagi teknik biblioterapi. E. Kathleen Jones, editor kepada siri buku Hospital Libraries, merupakan pentadbir perpustakaan di Hospital McLean, Massachusetts. Hasil karya ini telah diterbitkan pertama kali pada tahun 1923 sebelum dikemaskini pada tahun 1939 dan 1953. Pustakawan Sadie Peterson Delaney menggunakan biblioterapi dalam tugasnya sebagai pustakawan di salah sebuah hospital di Tuskegee, Alabama dari tahun 1924 sehingga kematiannya pada tahun 1958. Elizabeth Pomeroy, pula telah menerbitkan hasil dapatan dari kajiannya pada tahun 1937 mengenai keberkesanan biblioterapi di hospital.[6] United Kingdom yang memulakan biblioterapi sekitar tahun 1930-an, juga menunjukkan perkembangan dalam penggunaan terapi membaca di perpustakaan hospital. Charles Hagberg-Wright, pustakawan Perpustakaan London, dalam ucapannya di Persidangan Palang Merah Empayar British, beliau bercerita mengenai kepentingan biblioterapi sebagai sebahagian daripada "perubatan kuratif" di hospital. Selain itu, laporan dari Persidangan Kesihatan Umum 1930 mengenai biblioterapi turut dimasukkan dalam jurnal British, Lancet.[8]

Apabila hospital mengetuai biblioterapi, prinsip dan amalan biblioterapi telah dibangunkan di Amerika Syarikat. Di United Kingdom, ada yang merasakan bahawa biblioterapi mereka agak ketinggalan berbanding AS dan Joyce Coates, menulis dalam Rekod Persatuan Perpustakaan, merasakan "kemungkinan biblioterapi tidak diteroka sepenuhnya".[8] Pada tahun 1966, Persatuan Hospital dan Institusi Perpustakaan, sebuah bahagian dalam Persatuan Perpustakaan Amerika, telah mengeluarkan takrifan biblioterapi sebagai pengiktirafan terhadap pengaruh yang semakin meningkat. Kemudian, pada tahun 1970-an, Arleen McCarty Hynes, mencipta "Meja Bulat Biblioterapi".[9]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Biblioterapi http://wordsthatheal.com.au/ http://www.alia.org.au/governance/committees/publi... http://www.fightdementia.org.au/common/files/VIC/S... http://www.abal.laurentian.ca http://alcoholrehab.com/alcohol-rehab/self-change-... http://www.behavioradvisor.com/Biblio.html http://best-childrens-books.com/childrens-behavior... http://drama-in-ecce.com/2010/11/03/the-lonely-dra... http://archive.hbook.com/magazine/articles/2006/ma... http://www.infography.com/content/513661469572.htm...