Sinopsis Bicara_Hati_(siri_TV)

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu untuk memikirkan cadangan ibunya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang dia tidak pernah cintai. Setelah seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya daripada dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran merupakan seorang yang baru dikenali dan tidak mungkin Zahlia akan jatuh cinta dengan pemuda tersebut. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya, Zahlia akur dengan menetapkan beberapa syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah sikap. Egonya menjadi terlalu tinggi dan tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu dengan tindakan Tengku Syahran. Kini, timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Sebenarnya, mereka berkahwin secara kontrak dan sedikit sebanyak telah mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan.[1]