Kemudahan Bingkor

Terdapat sekolah yang ada di sekitar pekan dan mukim ini seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor dan Sekolah Kebangsaan Bingkor. Di kawasan pekan ini, terdapat juga pusat keagamaan seperti Gereja dan Masjid. Sebagai contoh Gereja Katolik St. Mary's, Gereja Sidang Injil Borneo, Gereja Yesus Benar dan Masjid Al-Hidayah Pekan Bingkor yang turut membuka kelas keagamaan bagi kanak-kanak yang beragama Islam.

Kemudahan infrastruktur seperti yang terdapat di kawasan Pekan Bingkor ini juga ialah Gimnasium Rakyat, Pusat Internet, Pondok Polis, Tadika, Taska, Mahkamah Anak Negeri, Pejabat Urusetia N33 Bingkor, deretan kedai serta pasar tamu yang beroperasi pada hujung minggu serta hari tertentu untuk sesuatu gerai. Dewan Terbuka juga terdapat di pekan ini untuk memudahkan lagi aktiviti kemasyarakatan dan terdapat kemudahan tandas awam yang disediakan berdekatannya.

Terdapat juga kemudahan kesihatan yang ada disediakan seperti Klinik Kesihatan Bingkor yang beroperasi seperti waktu pejabat. Aktiviti ekonomi di kawasan ini diatkan lagi kerana adanya pejabat Koperasi Pembangunan Desa atau KPD, pejabat Sabah Land Development Berhad (SLDB), tempat si kedeng, Kedai makan si Roger, Cendol Aineena, RMC tampat minum-minum, Jualan sayap dan buntut setiap hari di pekan bingkor, bastop tercantik di Kanpung Antolob, Futsal di Kampung Sandapak, Rumah basar keluarga Tawik di Buang Sayang, KIlang tong gas si Osman, Loji Besar di Bunsit, dan beberapa lagi institusi lain.