Penggunaannya Binokular

Kegunaan biasa

Teropong yang digerakkan dengan memasukkan duit ke dalam mekanismenya.

Banyak lokasi tarikan pelancong mempunyai teropong yang digerakkan dengan kemasukan syiling bagi membenarkan pengunjung melihat tarikan-tarikan yang ada dengan lebih dekat.

Pengkajian burung

Hobi yang agak popular ini biasanya akan menggunakan binokular sebagai alat yang utama, biasanya dengan magnifikasi 7x hingga ke 10x.

Dalam aktiviti memburu

Para pemburu biasanya menggunakan teropong untuk mencari haiwan buruan yang barangkalinya agak jauh dilihat dengan mata kasar. Pemburu paling biasa menggunakan teropong bermagnifikasi 8x dengan cahaya dan cukup besar objektif untuk menumpukan cahaya dalam persekitaran yang bercahaya rendah.[1]

Dalam bidang ketenteraan

Teropong mempunyai sejarah pengunaan yang panjang dalam bidang ketenteraan. Binokular bereka bentuk Galileo digunakan dengan meluasnya hingga ke akhir abad ke-19, di mana teropong jenis prisma porro lebih cenderung digunakan. Teropongyang dihasilkan untuk kegunaan tentera lebih tahan lasak berbanding teropong biasa, di mana susunan fokal bertumpunya dibina agar ia tidak mudah rapuh malah ia memberi kemudahan untuk perlindungan kalis cuaca. Set-set prisma dalam binokular tentera mempunyai salutan aluminium yang lebih banyak sebagai memastikan ciri-ciri pantulan teropong-teropong ini tidak mudah hilang meskipun terdedah kepada persekitaran yang basah.


Terdapat juga binokular-binokular yang direka khas untuk kegunaan di laut sama ada untuk orang awam mahupun untuk tentera.  Model-model yang mudah dibawa biasanya akan bermagnifikasi 5× to 7× dengan set prisma yang begitu besar serta kanta mata yang selesa untuk pengguna.