Penilaian Bintang_RTM_2009

Pembahagian markah kepada peserta adalah melibatkan juri profesional atau bebas untuk menilai kemantapan vokal, persembahan dan penampilanpeserta yang secara keseluruhannya berjumlah 100%.

Selain itu, teknologi SMS telah digunakan untuk menarik perhatian penonton. Penggunaan SMS dapat membantu untuk menarik perhatian para penonton kerana mereka terlibat secara langsung dengan pertandingan yang sedang dipertandingkan. SMS hanya akan digunakan untuk proses pengundian kemasukan semula peserta yang telah terkeluar berdasarkan pilihan juri profesional.

Semua peserta yang telah terkeluar dari peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir masih mempunyai peluang untuk diserapkan semula untuk bertanding buat kali kedua. Namun, SMS tidak akan menentukan kemenangan kerana juri profesional akan menilai semula para peserta yang telah diserap masuk semula melalui SMS. Pada peringkat kategori Bintang Paling Popular, pengundian secara teknologi SMS telah digunakan sepenuhnya.

Skim pemarkahan adalah seperti berikut:
Vokal (80%),
Persembahan dan Penampilan (20%),
Keseluruhan (100%)