Penerbitan Bio-Nik

Proses pemilihan pelakon Bio-Nik pernah dijalankan di studio TV3 secara tertutup. Penyanyi Mohd Aizam Mat Saman (Adam AF2) pernah dipertimbangkan untuk memegang watak Nik, bagaimanapun difahamkan beliau ditolak kerana khuatir beliau tidak boleh menyampaikan watak tersebut.[1] Akhirnya, Kamal Adli yang masih baru dalam bidang lakonan terpilih untuk membawa watak Nik.

Ini merupakan kali pertama Kamal memegang watak utama dalam mana-mana bahan seni lakon, setelah melibatkan diri dalam siri TV Impian dan Renjis 2 sebagai pelakon sampingan.[2] Berkongsi pengalaman berlakon sebagai Nik, Kamal menyatakan "saya kena jadi robot, jadi cara duduk pun berbeza. Tidak boleh membongkokkan badan. Stunt juga saya buat sendiri. Watak Nik perlukan emosi. Itu menyebabkan sedikit tekanan tapi saya suka".[3]

Penggambaran dijalankan di sekitar Kuala Lumpur untuk dua musim berturut-turut selama empat bulan dari akhir tahun 2008 hingga awal tahun 2009.[4][5][6] Siri ini dilancarkan di sebuah sidang media pada 11 Mei 2009 di Restoran Centro, Sooka, KL Sentral.[7]

Menurut penerbit eksekutif Norman Abdul Halim, kisah Bio-Nik diilhamkan dari cerita rakyat Badang yang pernah dinovelkan oleh KRU Publications.[8] Norman juga mengakui drama adiwira ini tidak dapat lari daripada persamaan dengan siri-siri seumpamanya seperti The Six Million Dollar Man, Bionic Woman dan Robocop, bagaimanapun, persoalan yang ingin dikupas untuk adiwira kali ini pertembungan antara kecanggihan teknologi dengan hukum agama.[4]

Rujukan

WikiPedia: Bio-Nik http://bioniktv.blogspot.com http://www.budiey.com/gambar-kamal-adli-pelakon-dr... http://www.budiey.com/pelancaran-drama-bio-nik-lak... http://krustudios.com/krunews/?p=128 http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail... http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail... http://www.gua.com.my/Video/VideoDetails.aspx?Vide... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=06... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.tv3.com.my/Shows/MainHighlight.aspx?Mas...