Bisma_Karisma
Bisma_Karisma

Bisma_Karisma

Bisma Karisma (lahir di Bandung, 27 November 1990; umur 29 tahun) adalah seorang penyanyi Indonesia. Ia merupakan ahli dari boyband SM*SH. Sebelum bergabung dengan SM*SH, Bisma adalah seorang penari breakdance nasional dan juga tergabung dalam beberapa band sebagai drummer,perkusi dan vokalis. Dia sempat mengikuti pertandingan Let's Dance di Global TV dan mendapat juara di Let's Dance Goes to Japan. Kerana darah seninya mengalir cukup besar, dia juga memulakan kerjaya solo di pertengahan tahun 2014 dengan single pertamanya yang berjudul "#LAKUKANLAH" yang diciptakan oleh dirinya sendiri kerana selain hobi membuat muzik, dia juga sering menulis lirik dan cerita. Setelah sinetron ABG Jadi Manten dan Cinta Cenat Cenut awal tahun 2015 Bisma mencuba dunia perfilman dengan tajuk film Nada Untuk Asa.