Bit adalah gabungan perkataan binari dan digit yang membawa maksud digitperduaan, dan boleh mengambil nilai 0 atau 1. Sebagai contoh, nombor 10010111 adalah sepanjang 8 bit. Digit perduaan merupakan unit asas storanmaklumat dan komunikasi dalam bidang pengkomputan dan teori maklumat digital. Teori maklumat juga menggunakan digit tabii yang dipanggil nat (atau nit). Pengkomputan kuantum pula menggunakan qubit, satu cebisan maklumat dengan kebarangkalian benar.Bit juga merupakan unit ukuran, muatan maklumat satu digit perduaan. Simbolnya ialah bit, dan juga b (tidak rasmi). Unit ini juga dikenali sebagai shannon, dengan simbol Sh.