Ciri-ciri BitComet

Atur cara BitComet adalah gabungan pelbagai protokol pengurus pindah terima dan protokol BitTorrent rakan-ke-rakan (P2P) penggunaan perkongsian fail. Ia menyokong tugasan pindah terima secara serentak. Bagi menyempurnakan tugasan pindah terima, ia mampu manarik bahagian fail dari pelbagai sumber merentasi protokol P2P dan pelayan-pelanggan.

Ciri utama BitComet termasuk tetingkap Internet Explorer bina dalam bagi tujuan membenarkan pengguna mencari torrent dalam program ini. Bersama dengan ciri yang biasa bagi pelanggan BitTorrent semasa, ia menyokong tatarajah laluan masuk UPnP, penjadual lebar jalur (bandwidth scheduling), Webseeding, memilih pindah terima dalam pakej torrent, and NAT traversal.[3]Apabila memuat turun sesuatu, BitComet memberi keutamaan kepada bahagian mula dan akhir fail media supaya ia dapat dipratonton sebelum ia siap dimuat turun. BitComet juga membenarkan pengguna untuk berkongsi fail torrent mereka pada jaringan P2P boleh cari. BitComet menggunakan (talian utama) Kademlia DHT bagi beroperasi walaupun penjejak BitTorrent di luar talian. BitComet mampu memuat turun fail melalui protokol HTTP dan FTP serta Bittorrent, dan juga mengandungi plugin muat turun untuk Firefox, Internet Explorer, dan Maxthon.[3]

Plugin pilihan juga ada bagi hubungan kepada jaringan eD2K. Plugin ini merupakan versi ubahsuai bagi perisian GPL eMule. Apabila dipasang, ia menyambung secara automatic kepada pelayan.[4]

Perisian termasuk applikasi bagi memainkan fail Video Flash (.flv dan .swf). [5]

Perisian Bebas Pilihan

BitComet.com menawarkan penjejak BitTorrent tersedia bagi muat terima dari laman rasmi.[6] Perisian pemain FLV juga boleh dimuat terima bersendirian dan digunakan bebas dari perisian BitComet.