Black_Pink

Blackpink (Hangul: 블랙핑크); digayakan sebagai BLACKPINK atau BLΛƆKPIИK ialah sebuah kumpulan muzik wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment. Terdiri daripada empat orang ahli iaitu Kim Ji-soo, Jennie Kim, Roseanne Park dan Lalisa Manoban. Kumpulan muzik ini membuat kemunculan pertama pada 8 Ogos 2016 melalui Square One. Dengan kejayaan komersial kumpulan ini dalam lima bulan pertama, mereka telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik Tahunan di Anugerah Golden Disc ke–31 dan Anugerah Muzik Seoul ke–26.Blackpink menjadi kumpulan muzik K-pop wanita yang berada di kedudukan tertinggi dalam carta Billboard Social 50, di kedudukan nombor 15.[1][2] Mereka juga menjadi kumpulan K-pop pertama berada dalam 25 Lagu Musim Panas Teratas Global YouTube menerusi lagu "As If It's Your Last".[3] Mereka turut menjadi artis K-pop pertama yang mempunyai tiga lagu nombor satu di carta Lagu Digital Dunia Billboard.[4]