Pendidikan Bob_Hawke

Hawke belajar di Perth Modern School dan University of Western Australia, beliau lulus dari universiti pada tahun 1952 dengan ijazah-ijazah Sarjana Muda dalam bidang kesenian dan perundangan. Beliau juga merupakan presiden kesatuan universiti pada tahun sama. [10]

Pada tahun berikutnya, Hawke memenangi Biasiswa Rhodes untuk menghadiri University College, Oxford, di mana beliau menjalankan Ijazah Sarjana Muda dalam falsafah, politik dan ekonomi (PPE). [11] Beliau tidak lama kemudian mendapati kesemua bidiang yang dipelajarinya sama sepertimana dilakukan di UWA, maka dia berpindah ke ke Sarjana Muda Persuratan. Beliau menulis tesisnya mengenai penetapan upah gaji di Australia yang berjaya diterbitkan pada Januari 1956.[12]

In 1956, Hawke memperolehi biasiswa kedoktoran dalam bidang perundangan arbitrasi di fakulti perundangan Australian National University in Canberra.[13][14] [14] Setahun kemudian, Hawke diberi tawaran menduduki pejabat pegawai penyelidikan Majlis Kesatuan Sekerja Australia (Australian Council of Trade Unions, ACTU) oleh Presiden pertubuhan tersebut atas cadangan mentornya. Hawke menghentikan pengajiannya untuk memulakan pekerjaan di sana, beliau turut berpindah ke Melbourne bersama isterinya Hazel agar senang bekerja di sana.[15]

Rujukan

WikiPedia: Bob_Hawke http://www.news.com.au/alp-life-membership-for-bob... http://sydney.edu.au/secretariat/senate-committees... http://library.unisa.edu.au/BHPML/biogs/bh_biog.as... http://www.news.uwa.edu.au/201403276544/features/b... http://www.itsanhonour.gov.au/honours/honour_roll/... http://www.primeministers.naa.gov.au/primeminister... http://nla.gov.au/nla.news-article110596548 http://nla.gov.au/nla.news-article120868572 http://www.solomontimes.com/news.aspx?nwID=3346 http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9...