Kategori Boccia_di_Sukan_Paralimpik_Musim_Panas_2020

116 peserta akan bertanding dalam empat acara perseorangan, dua acara beregu dan satu acara berpasukan.[5]

  • Perseorangan BC1(Lelaki/Perempuan)
  • Perseorangan BC2 (Lelaki/Perempuan)
  • Perseorangan BC3 (Lelaki/Perempuan)
  • Perseorangan BC4 (Lelaki/Perempuan)
  • Beregu BC3 (Lelaki/Perempuan)
  • Beregu BC4 (Lelaki/Perempuan)
  • Bepasukan BC1/2 (Lelaki/Perempuan)

Klasifikasi

Terdapat empat klasifikasi bagi boccia dalam Sukan Paralimpik 2020:[6]

  • BC1: Pemain yang mempunyai masalah pergerakan yang serius pada bahagian kaki, tangan dan tunjang badan mereka disebabkan oleh masalah koordinasi. Mereka menggunakan kerusi roda berelektrik untuk bergerak serta memegang dan membaling bola boccia tanpa menggunakan peralatan membantu. Atlet yang boleh menggerakkan kaki mereka dibenarkan untuk menggerakkan bola dengan kakinya.
  • BC2: Pemain yang mempunyai kecacatan yang kurang serius daripada BC1 dan boleh membaling bola dari atas atau bawa dengan cara memegang yang pelbagai. Mereka juga tidak boleh menggunakan sebarang peralatan membantu.
  • BC3: Pemain yang mempunyai fungsi yang terhad pada kaki dan tangannya, dan pengawalan tunjang badan yang lemah (atau tidak mampu mengawal) disebabkan oleh penyakit yang berkaitan atau tidak berkaitan dengan serebrum. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah memegang, membaling dan menggerakkan bola. Mereka menggunakan tanjakan dan peralatan membantu yang lain untuk menggerakkan bola dengan bantuan Pembantu Sukan.
  • BC4: Pemain yang mempunyai kecacatan fizikal yang disebabkan oleh penyakit yang tidak berkaitan dengan serebral, seperti distrofi otot, kecederaan saraf tunjang dan amputasi yang melibatkan kedua-dua tangan dan kakinya. Atlet kategori ini biasanya membaling bola dengan ayunan pendulum, kadang kala dengan kedua-dua tangan atau lengan mereka. Mereka boleh menggunakan sarung tangan untuk membantu memegang bola boccia.