Ciri-ciri Bom_tangan

Bom tangan berkongsi tiga ciri-ciri yang sama:

  • Jarak penggunaan yang dekat.
  • Kawasan pembunuhan berkesan yang kecil.
  • Unsur penangguhan yang membenarkan lemparan selamat.

Bom tangan mempunyai bahagian utama seperti berikut:

  • Badan -- mengandungi pengisi dan dalam kebanyakan bom tangan juga mengandungi serpihan.
  • Pengisi -- bahan kimia atau letupan dalam bom tangan, yang menentukan kegunaan bom tangan dan ciri-cirinya.
  • Fius -- membolehkan bom tangan berfungsi dengan menyalakan atau meletupkan bahan pengisi.

Menggunakan bom tangan

Bom tangan rekaan biasa mempunyai pemegang dan pin keselamatan boleh alih yang menghalang pemegang daripada tertanggal secara tidak sengajanya. Bom tangan akan meletup dalam tempoh kira-kira empat saat selepas pin keselamatan dibuang.

Apabila bom tangan dilepaskan, matlamatnya adalah membiarkan bom tangan itu jatuh pada tempoh yang singkat agar musuh tidak sempat melemparnya kembali.

Mula-mula anggarkan tempoh balingan untuk sampai kepada pihak musuh dan tolak tiga saat. Selepas itu bom tangan digenggam, termasuk pemegang, dalam tangan yang kuat. Kemudian pin keselamatan dicabut daripada bom tangan, lepaskan pemegang dan tunggu masa yang tidak diperlukan untuk balingan dan baling kepada sasaran.
Nota: Tentera Amerika Syarikat dan NATO moden tidak dilatih "melengahkan" bom tangan dengan cara ini, disebabkan bahaya letupan di tangan sekiranya tentera itu terganggu atau ditembak.

Salah satu kesilapan umum dalam mengendalikan bom ini ialah pemablingan yang tidak kuat dan padu lalu menyebabkan kemalangan pada pelempar. Kegagalan menggenggam pemegang dan menarik pin dengan baik turut ditegaskan. Bom tangan mungkin juga akan meletup lebih awal daripada biasa, yakni sewaktu mengira masa untuk melemparkannya. Langkah keselamatan asas yang sering ditegaskan adalah agar sentiasa melontar bom tangan dari kawasan terlindung. Oleh itu, ia boleh dilontar keluar dengan cepat daripada kawasan perlindungan sekiranya berlaku kesilapan pada mekanisme leutpan bom.

Pelempar perlu memberi amaran kepada anggota-anggota lain sekiranya bom tangan terlepas pegang selepas diaktifkan mahupun bom dilepaskan ke dalam kawasan tertutup seperti terowong.

Bom tangan juga sering digunakan di lapangan bagi membina jerangkap samar. Konsep asas ialah menggunakan aksi sasaran (seperti membuka pintu, atau menghidupkan kereta) untuk meletupkan bom tangan. Jerangkap samar bom tangan mudah dibina di lapangan dengan menggunakan bahan yang ada. Bagaimanapun, ia menyumbang kepada masaalah bahan letupan hidup (unexploded ordnance).

Rekabentuk dan operasi

Skema bom tangan

Lakaran di atas menunjukkan keratan rentas bahagian bom tangan dan fius bagi bom tangan sepihan - fragmentation grenade. Aksi asas seperti berikut:

  1. Pegang bom tangan dalam tangan melontar, ibu jari di atas tuil keselamatan, tarik keluar pin keselamatan (kuasa tarikan 10-35 paun).
  2. Apabila bom tangan dilontar (tuil keselamatan bebas), spring menolak keluar tuil keselamatan dan memutar penukul kepada sumbu primer.
  3. Sumbu mengandungi bahan menyerupai kepala mancis. Apabila dihentam oleh penukul, ia menyala dan membakar fius, atau jalur serbuk (powder train). Fius terbakar pada kadar sekata lalu melengahkan masa (biasanya 4-5 saat). Apabila api fius sampai pada peletup atau pencucuh, ia bertindak kepada bahan pengisi.
  4. Peletup serupa dengan penutup peletup (blasting cap) kecil. Ia amat sensitif pada suhu, apabila fius menyalakannya, ia menyebabkan bom tangan meletup.
  5. Pencucuh adalah penutup yang terbakar dengan cepat. Ia pada asasnya membakar pengisi menyebabkan gas mengembang dengan pantas yang memecahkan bekas.
  6. Bom tangan serpihan yang ditunjukkan menggunakan peletup.

Bom tangan biasanya direka agar mudah dilempar. Sebagai contoh ia mempunyai berat 500 g (1 paun) dan mempunyai ukur lilit 100 mm. Bom tangan biasa boleh dilempar sejauh 25 hingga 35 meter oleh askar biasa. Ia menggunakan sebatian RDX, komposisi B atau TNT sebagai bahan peletup.

Bom tangan nenas klassik, seperti bom Mills, menggunakan ubat bedil dan kerangka besi tuang, yang menjadi serpihan sepanjang bahagian lemah yang disengajakan pada kerangka.

Bom tangan juga dibuat bagi membebaskan asap, gas pemedih mata ("CS"), dan cahaya. Pasukan khas menggunakan bom tangan "flash-bang" bagi mengelirukan manusia semasa memasuki bilik, tanpa bertujuan menyebabkan kecedaraan kekal.

Sesetengan bom tangan direka untuk jarak lebih jauh. Bom tangan pelecek kentang mempunyai pemegang kayu panjang yang meningkatkan jarak pada lima puluh peratus. Ia diletupkan oleh pencucuh geseran di kepala, yang diaktifkan dengan menarik tali menembusi kayu berongga, dengan menarik gelung plastik kecil yang diikat pada tali yang dilekatkan pada pencucuh geseran, fius masa, dan peledak direka untuk meletup selepas tempoh masa. Ia sering disalah anggap sebagai mempunyai fius hentaman.