Bon_kerajaan

Templat:Financial marketsBon kerajaan merupakan bon yang dikeluarkan oleh sebuah kerajaan negara, secara amnya berjanji untuk membayarkan sejumlah yang tertentu (nilai muka) pada tarikh yang tertentu, di samping bayaran faedah berkala. Bon merupakan pelaburan hutang yang mana pelabur meminjamkan sejumlah wang yang tertentu kepada sesebuah syarikat atau negara untuk suatu jangka masa yang tertentu, pada kadar faedah yang tertentu. Bon-bon kerajaan biasanya disebut dalam mata wang negara terbabit. Bon yang dikeluarkan oleh kerajaan negara dalam mata wang asing biasanya dipanggil bon kerajaan asing, tetapi istilah ini turut memaksudkan bon yang dikeluarkan dalam mata wang sendiri sesebuah negara.