Sejarah Bone

Rencana utama: Kesultanan Bone

Bone merupakan salah sebuah kerajaan utama Bugis dari abad ke-14 hinggalah ke abad ke-19. Pada abad ke-14, di bawah pemerintahan Raja Kerrampelua, sempadan Bone diperluas dan ketika itu, Bone menguasai tanah-tanah yang subur. Perluasan ini menyumbang kepada kemakmuran Bone. Pada tahun 1509, Bone diserang Luwu' tetapi berjaya mengalahkan Luwu' dan berjaya memperoleh alat kebesaran Luwu' iaitu Payung Merah. Sekitar 1535, Bone bersama dengan Goa dan Soppeng menguasai Luwu'. Pada abad ke-16 pula, kerajaan ini jatuh ke tangan Makassar dan kejatuhan ini menyebabkan rakyat Bone berasa tidak berpuas hati dan ingin membalas dendam. Pada tahun 1667, seorang putera Bone bernama Arung Palakka mengetuai suatu serangan menyerang Makassar.