Demografi Bota

Secara amnya, penduduk Melayu Bota boleh dibahagikan kepada 3 suku kaum utama, iaitu penduduk jati Perak, orang Banjar dan orang Kedah. Penduduk jati Perak adalah merujuk kepada penduduk yang bertutur dam loghat Perak. Ia merupakan majoriti di kawasan Bota, terutamanya di penempatan sepanjang tebing kiri dan kanan Sungai Perak. Orang Banjar merupakan suku kaum yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia, dan berhijrah ke Tanah Melayu ratusan tahun yang lalu. Mereka kebanyakannya bertumpu di Titi Gantung. Orang Kedah datang ke Bota dalam tahun 60an dan boleh didapati dengan banyaknya di beberapa kawasan di Titi Gantung.

Terdapat juga golongan penghijrah dari luar negeri Perak, dan mereka ini boleh didapati di sekitar Seri Iskandar, yang mana terdapat juga sebilangan kecil kaum Cina dan India.