Kerjaya Boyd_Holbrook

Holbrook ditemui semasa bekerja separuh masa di Jenny Wiley Theatre di Kentucky.[2][4] Beliau telah menandatangani perjanjian bersama Elite Models pada tahun 2001 dan telah bekerja bersama beberapa agensi model termasuklah Wilhelmina Models. Holbrook telah menjadi pilihan beberapa pereka dan jenama termasuklah Gucci, Jean Paul Gaultier, Versus, Hugo Boss, Bill Blass, Calvin Klein, Moschino, Marc Jacobs, dan DSquared².

Holbrook dan model Omahyra Mota telah dipilih oleh jurugambar Ellen Von Unwerth untuk pameran "Omahyra & Boyd" dan untuk buku pada tahun 2005 (ISBN 2-914171-20-X).[5][6]

Holbrook belajar berlakon dengan William Esper Studio menerusi Program Lakonan Meisner selama dua tahun serta bersama program suara dan pengucapan Shane Ann Younts. Beliau turut menerima Sijil SCPS dari Universiti New York.[1] Beliau turut bekerja bersama jurulatih lakonan Terry Knickerbocker.[7]

Beliau pernah muncul dalam video muzik Permanent Me disamping Tiah Eckhardt.[8]

Pada tahun 2017, Holbrook muncul sebagai watak antagonis dalam Logan.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Boyd_Holbrook http://www.aneveningofscenes.com/boyd.html http://www.aneveningofscenes.com/files/pdfs/BoydHo... http://www.complex.com/pop-culture/2017/03/trevant... http://deadline.com/2016/04/wolverine-3-boyd-holbr... http://deadline.com/2016/10/boyd-holbrooks-wolveri... http://www.imdb.com/name/nm2933542/ http://nl.newsbank.com/nl-search/we/Archives?p_pro... http://www.parisiana.com/article.php3?id_article=2... http://terryknickerbockerstudio.com/who/testimonia... http://www.thewrap.com/christian-bale-benicio-del-...