Biografi Brad_Delson

Kehidupan awal

Brad Delson belajar di Agoura High School dengan rakan sekumpulannya, Mike Shinoda. Dia pernah memainkan muzik bersama kumpulan pemuzik sekolah sepanjang tempoh pengajian di sekolahnya, dan kumpulan yang pernah dia sertai merupakan Relative Degree. Di dalam kumpulan ini, dia telah menjumpai temannya yang sekarang bermain sebagai pemain dram kumpulan Linkin Park. Tujuan Relative Degree ditubuhkan hanyalah untuk bermain muzik sebelum tamat pengajian di sekolah mereka dan selepas matlamat ini tercapai, kumpulan ini terus menggubalkan diri dan masing-masing memilih hidup mereka sendiri.

Selepas melanjutkan pelajaran pada tahun 1995, Delson, Shinoda dan Bourdun menubuhkan kumpulan yang bernama Xero, yang merupakan detik permulaan saga kumpulan yang dinamakan Linkin Park.

Delson pernah melanjutkan di UCLA pada tahun 1995 untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Perniagaan dan Pentadbiran). Dia pernah menyertai kumpulan kugiran Phi Beta Kappa, dan berkongsi bilik asrama dengan seorang bakal rakan ahli Linkin Park, Dave Farrell selama tiga daripada empat tahun pengajiannya. Delson juga berpeluang untuk bergaul dengan seorang rakan di dalam industri muzik sebagai sebahagian daripada pengajiannya dan seterusnya bekerja dengan Jeff Blue, wakil A&R di Warner Bros. Records, yang sering memberikan kritikan yang membina terhadap pita demo kumpulan Xero. Secara kebetulan, Blue jugalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Chester Bennington, penyanyi vokal semasa Linkin Park, kepada ahli-ahli yang lain.

Album studio
Album adunan semula
Album secara langsung
Kompilasi
EP
Album video
Runut bunyi
Jelajah
Rencana berkaitan