Rencana ini adalah mengenai dewa pencipta dalam agama Hindu. Untuk konsep agama Buddha, sila lihat Brahma (agama Buddha). Untuk kegunaan lain, lihat Brahman (nyahkekaburan).Brahma (
Sanskrit brahmā ब्रह्मा) merupakan
Dewa Hindu yang mencipta alam semesta ini dan salah satu daripada
Trimurti, yang lain ialah
Vishnu dan
Siva. Brahma tidak sama dengan Brahman dalam
falsafah Vedanta.Sebagai Trimurti, Brahma mencipta alam semesta ini, Vishnu memeliharanya dan Shiva memusnahkannya. Proses ini dikenali sebagai srsthi (ciptaan), sthiti (pemeliharaan) dan pralaya (pemusnahan) dan ia berterusan selama-lamanya.Maka, Brahma merupakan sumber, benih segala-galanya. Brahma menjadi sumber yang melahirkan ruang, masa, sebab-akibat, nama dan rupa. Secara falsafah, Brahma merupakan tahap pertama penjelmaan idea keindividuan atau ego (ahankara). Secara teologi, Brahma adalah Pencipta yang tidak dicipta (Svayambhu), Manusia Pertama.Meskipun Brahma adalah Tuhan Maha Esa dalam fungsinya sebagai Pencipta, tidak ada kuil khusus untuk pemujaan-Nya kecuali kuil di Pushkar (berdekatan Ajmer, Rajasthan). Beberapa
Purana cuba memberikan alasan yang lemah untuk menjelaskan keadaan pelik ini. Namun, kemungkinan kultus Brahma telah wujud pada zaman sebelum
Veda dan kemudiannya, kebangkitan kultus-kultus
Vishnu dan
Siva telah mengatasi kultus Brahma. Dengan perkembangan konsep
Shakti, kedua-dua
Vishnu dan
Siva mempunyai
Shakti masing-masing untuk membantu proses ciptaan. Maka, dengan perkembangan konsep bahawa Tuhan bersatu dengan Shaktinya untuk mencipta alam semesta ini, telah menjadikan Brahma hilang fungsi, dan akhirnya kedudukannya sebagai Tuhan Maha Esa.Setiap kuil, sama ada
Vishnu dan
Siva, mesti mempunyai sebuah sudut di dinding utara untuk imej Brahma. Imej ini mesti dipuja setiap hari kerana Brahma adalah Parivaradevata (Pengiring Dewa utama).