Branyo

Branyo ialah suatu bentuk seni tarian dipersembahkan keturunan orang Portugis di Melaka, Malaysia; ia lazim dipersembahkan semasa keraian Introdu yang berlangsung pada hari Ahad sama minggu dengan Rabu Abu yang memulakan tempoh puasa 40 hari sebelum Paskah.Tarian ini diperkenalkan oleh para penjajah Portugis yang menjajah Melaka pada awal abad ke-16 melalui tarian corridinho dari Algarve. Tarian ini turut mempengaruhi pembentukan suatu seni tarian masyarakat Melayu iaitu joget.

Berkaitan