Braunes Haus [brau-nĕs haus] ("
Rumah Perang") adalah ibu pejabat kebangsaan
Parti Nasional Sosialis (Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei) di
Jerman. Ia sebuah rumah batu besar ini bertempat di alamat 45
Brienner Strasse di
Munich,
Bavaria; ia diberi nama sedemikian sempena
warna perang pakaian seragam dipakai anggota parti tersebut.Menjelang tahun 1930, ibu pejabat parti di Schellingstrasse 50 adalah terlalu kecil (jumlah pekerja bertambah dari empat orang kepada 50 orang pada tahun 1925). Pada April 1930,
Elizabeth Stefanie Barlow (balu
William Barlow, seorang peniaga borong berbangsa Inggeris) menawarkan Istana Barlow (dibina pada 1828) untuk dijual kepada
Franz Xaver Schwarz, bendahari parti. Perjanjian jualbeli telah ditandatangani pada 26 Mei, dengan harga jualan 805,864 marks. Dana untuk pengubahsuaian ibu pejabat parti telah disediakan oleh usahawan
Fritz Thyssen. Rumah tersebut ditukar daripada villa bandar kepada bangunan pejabat oleh arkitek
Paul Troost. Beliau dan
Adolf Hitler juga menghiasinya semula mengikut gaya berat dan anti moden. Ia dibuka pada 1 Januari 1931. Adolf Hitler menggantung potret bersaiz sebenar
Henry Ford di sebelah mejanya di Brown House semenjak Ford dan Adolf Hitler mengkagumi pencapaian masing-masing.Hitler,
Hans Frank,
Heinrich Himmler,
Hermann Goering,
Rudolf Hess,
Philipp Bouhler dan Franz Xaver Schwarz mempunyai pejabat tersendiri di bangunan ini. Juga disimpan di sana ialah
Blutfahne, atau "bendera berdarah" atau "panji-panji berdarah." Ini merupakan bendera Nasional Sosialis yang dibawa di depan demonstrasi semasa
Beer Hall Putsch 1923. Apabila polis Munich melepaskan tembakan kearah perarakan, ia telah terpercik dengan darah orang yang tercedera dan menjadi relik suci Parti Nasional Sosialis.Bangunan ini telah mengalami kerosakan pada Oktober 1943 dan musnah sepenuhnya dalam satu serangan bom udara Bersekutu pada penghujung
Perang Dunia II. Runtuhan tersebut telah dibersihkan pada tahun 1947, meninggalkan tapak yang kosong.Pada Disember 2005, pemerintah negeri
Bavaria mengumumkan bahawa tapak tersebut bakal menjadi tempat
NS-Dokumentationszentrum (Pusat Dokumentasi Sejarah Nasional Sosialisme).