Franz_Xaver_Schwarz

Franz Xaver Schwarz (27 November 1875 – 2 Disember 1947) adalah pegawai kanan Schutzstaffel (SS) Jerman dan ahli politik dalam Jerman Nazi. Beliau berkhidmat sebagai Reichsschatzmeister (Bendahari Agung) Parti Nazi (NSDAP) dari tahun 1925 hingga 1945 dan merupakan orang pertama dari hanya 4 orang yang dianugerahkan pangkat tertinggi SS-Oberst-Gruppenführer oleh Adolf Hitler di ulangtahun kelahirannya pada 20 April 1942. Pada penghujung Perang Dunia II, beliau memimpin sebuah batalion Volkssturm di Grünwald dan telah ditangkap oleh tentera Amerika. Schwarz meninggal dunia pada usia 71 tahun dalam kem tahanan Bersekutu di Regensburg pada 2 Disember 1947, disebabkan penyakit gastrik yang berulang. Pada September 1948, beliau telah diklasifikasikan oleh mahkamah denazifikasi Munich sebagai "pesalah utama".[1]