Briged_Infantri_Kedua_Malaya

Briged Infantri Kedua Malaya adalah satu briged yang ditubuhkan oleh Pemerintahan Tentera British di Malaya (Malaya Command) sejurus sebelum Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Pasukan ini ditubuhkan dengan tujuan memperkukuhkan pertahanan Tanah Melayu dan Singapura dalam menghadapi Serangan Jepun.Briged ini telah ditubuhkan pada 8 September 1940 oleh Markas Gerakan Tanah Melayu (Malaya Command) Tentera British dan dijadikan sebagai pasukan garison Singapura. 2 Briged Malaya tidkak digunakan dalam usaha menyekat kemaraan Ketumbukan Tentera Ke-25 Jepun di bawah pimpinan Tomoyuki Yamashita yang menyerang pada 8 Disember 1941.Briged ini bersama-sama Briged Infantri Pertama Malaya diarahkan untuk menyerah diri kepada pasukan tentera Jepun selepas Jeneral A. E. Percival bersetuju menyerah kalah ada 15 Februari 1942.