Brixham

Brixham /ˈbrɪksəm/ ialah sebuah pekan nelayan kecil dan mukim dalam kaunti Devon yang terletak di barat daya England. Industri utamanya ialah nelayan dan pelancongan. Semasa bancian 2001, populasinya ialah 17,457 orang.[1]Nama 'Brixham' dipercayai berasal daripada kampung Brioc. 'Brioc' ialah nama Inggeris lama atau nama Brython manakala '-ham' adalah istilah kuno yang bermaksud 'kampung'.