Bruce Lee
Bruce Lee

Bruce Lee

Bruce Lee (nama lahir: Lee Jun-Fan, Bahasa Cina: 李振藩; pinyin: Lǐ Zhènfán; (27 November 1940 - 20 Julai 1973) merupakan seorang warga Hong Kong dan artis seni mempertahankan diri Hong Kong-Amerika, pelakon filem aksi, pengarah filem, penerbit filem, penulis lakon layar, ahli falsafah, pengajar seni mempertahankan diri dan pengasas konsep Jeet Kune Do. Lee merupakan anak lelaki kepada bintang Opera Kantonis, Lee Hoi-Chuen. Beliau telah dianggap sebagai salah satu artis-artis seni mempertahankan diri dan ikon budaya pop yang paling terpengaruh pada abad ke-20 dalam kalangan pengulas, pengkritik, pihak media dan artis seni pertahanan diri yang lain.Lee dilahirkan di Chinatown, San Francisco, California kepada ibu bapa berketurunan cina Hong Kong pada 27 November 1947. Beliau dibesarkan di Kowloon, Hong Kong sehingga usia lewat remaja. Beliau pada mulanya terlibat di dalam bidang lakonan atas dorongan bapanya dan membuat penampilan di dalam beberapa filem sebagai pelakon kanak-kanak. Semasa beliau mencecah umur 18, dia berhijrah ke Amerika Syarikat untuk meneruskan pengajian tinggi di Universiti Washington, daerah Seattle. Pada masa ini dia mula mengajar seni mempertahankan diri. Hasil produksi filem-filem Hong Kong-Hollywood beliau berjaya mengangkat martabat dan populariti filem-filem seni mempertahankan diri tradisional Hong Kong ke satu tahap yang baru. Justeru itu membawa kepada pembangkitan minat terhadap seni pertahananan diri Cina dalam kalangan masyarakat Barat pada tahun 1970-an. Cara arahan dan nada filem beliau telah mengubah dan mempengaruhi seni bela diri dan filem mempertahankan diri di Amerika Syarikat, Hong Kong dan seluruh dunia yang lain.Beliau terkenal dengan peranannya di dalam 5 buah filem: "The Big Boss" (1971, arahan Lo Wei), "Fist of Fury" (1972), "The Way of the Dragon" (1972, diarah dan ditulis oleh Bruce Lee sendiri); "Enter the Dragon" (1973, Warner Brothers) dan "The Game of Death" (1978) - kedua-duanya arahan Robert Clouse.Lee menjadi satu ikon yang terkenal di serata dunia dan khususnya dalam kalangan masyarakat Cina, kerana dia menggambarkan nationalisme bangsa Cina di dalam filem-filemnya. Lee pada mulanya berlatih di dalam seni pertahanan diri Wing Chun, dan kemudiannya menggabungkan seni tersebut dengan pengaruh-pengaruh pelbagai sumber dan falsafah pertahanan diri peribadinya. Beliau akhirnya menggelar seni tersebut sebagai "Jeet Kune Do" (Cara Pintasan Penumbuk). Lee memegang dua taraf kewarganegaraan iaitu sebagai warga Hong Kong dan Amerika. Beliau meninggal dunia di Kowloon Tong pada 20 Julai 1973, ketika usia hampir 33 tahun.

Bruce Lee

Lahir 27 November 1940
Chinatown, San Francisco, California, A.S.
Asal Hong Kong
Pekerjaan Pengamal seni bela diri, pelakon, pengarah filem, penulis skrip, penerbit
Ibu bapa Lee Hoi-chuen (Ayah)
Grace Ho (Ibu)
Nama lahir Lee Jun-fan
李振藩 (Tradisional)
李振藩 (Sederhana)
Lǐ Zhènfān (Mandarin)
Lei Jun Fan(Kantonis)
Alma mater University of Washington
Pasangan Linda Emery (kahwin 1964)
Keturunan Shunde, Guangdong, China
Jyutping Lei Siu Long (Kantonis)
Tahun aktif 1950-1973
Laman web rasmi www.bruceleefoundation.com
Anak Brandon Lee (lahir 1965)
Shannon Lee (lahir 1969)
Nama Cina 李小龙 (Ringkas)
Meninggal dunia 20 Julai 1973 (Umur 33 tahun)
Kowloon, Hong Kong
Pinyin Lǐ Xiǎolóng (Mandarin)
Hong Kong Film AwardsGolden Horse Awards
Anugerah