Sinopsis Buai_Laju-Laju


Zaiton ialah seorang wanita licik yang banyak muslihat. Tajuk Buai Laju-Laju ada makna mendalam. Kelajuan buai bergantung kepada orang yang membuainya dan di situlah peranan Zaiton hingga berlaku pembunuhan, tetapi orang tidak nampak siapa melakukannya. Zaiton berkahwin dengan Ibrahim, lelaki tua yang kaya, kerana hartanya, tetapi kecewa apabila hidupnya tidak mewah. Suaminya hanya kaya tanah, bukan duit. Zaiton menggoda Amran hingga lelaki itu sanggup buat apa saja, termasuk membunuh suaminya.