Sinopsis Bujang_Lapok_Kembali_Daa

Aziz dan Sudin masih lagi bujang dan mereka membanting tulang bekerja bagi mencari wang untuk menghantar Nasir iaitu anak kepada Ramli menyambung pengajian muzik ke luar negara. Nasir tinggal bersama Aziz dan Sudin dan bercita-cita untuk menjadi komposer terkenal seperti arwah ayahnya Ramli dan dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada satu hari ketika menjual barang-barang, Aziz dan Sudin menyaksikan kejadian samun lalu mereka melarikan diri ke hutan. Di sanalah mereka menjumpai seorang bekas tentera Jepun dan 2 anak gadisnya.