Plot Bujang_Senang_(filem)

Bujang berasal daripada keluarga yang kaya. Dia berhasrat mencari teman wanita untuk dijadikan isterinya. Oleh kerana dia tidak mahu bakal teman hidupnya itu mencintainya kerana harta kebendaan semata-mata, maka Bujang pun berlagak seperti orang miskin. Sepanjang kisah Bujang dalam mencari cinta sejatinya itu, berlaku pelbagai perkara menarik dan melucukan.