Sinopsis Bukan_Cinta_Aku

Riana, seorang gadis yang cantik baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Italy. Riana telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu keluarga Riana. Namun, mereka pandai menyimpan rahsia. Suatu hari, ibu bapa Riana mendapat tahu hubungan antara Riana dan Arjuna. Mereka tersangat kecewa dan marah dan ingin menjodohkan Riana dengan Tengku Isma, anak kenalan mereka. Riana akhirnya dinikahkan juga dengan Tengku Isma dan terus dibawa pergi keluar negara. Namun, cinta Riana tidak pernah berubah. Dia tidak pernah mengizinkan Tengku Isma menyentuhnya, hinggalah Tengku Isma sudah hilang harapan dan berjanji akan lepaskan Riana sekiranya mereka berjaya menjumpai Arjuna yang sudah lama hilang sejak pernikahan mereka. Mereka membuat keputusan untuk meneruskan pencarian ke Lombok, yang juga merupakan tempat asal Arjuna.